RSS

Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan

01 Dec

Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan (PPKKP) menawarkan Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan Perhubungan (Telekomunikasi), Kejuruteraan Rangkaian Komputer dan Diploma Kejuruteraan Komputer. Program ini menyediakan pelajar untuk kerjaya masa depan mereka dalam industri berikut: elektronik dan elektrik, industri IT, industria akademik dan sektor-sektor teknikal swasta atau kerajaan. PPKKP memberikan pengajaran yang terbaik untuk pengajaran, pembelajaran dan suasana penyelidikan. PPKKP meletakkan keutamaan tinggi pada pembangunan dan mengekalkan kegiatan penyelidikan yang inovatif bagi meningkatkan mutu pendidikan supaya kekal relevan dan kompetitif di peringkat serantau, nasional dan antarabangsa. Ini dapat dicapai dengan menyediakan sumber manusia dan kemudahan bagi mengintegrasi dan menerapkan pengetahuan dan teknologi baru.
PPKKP mempunyai makmal yang dilengkapi dengan peralatan-peralatan terkini. Makmal-makmal ini memudahkan proses pengajaran dalam bidang-bidang seperti pengaturcaraan komputer, mikropemproses, sistem telekomunikasi, antena dan gelombang mikro, sistem terbenam, rangkaian komputer dan elektronik.

Program Yang Ditawarkan

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Komputer) (RK20)
Program Kejuruteraan Komputer menyediakan pendidikan berkualiti tinggi dan menyiapkan diri pelajar untuk berjaya dalam kerjaya sama ada dalam sektor industri dan kerajaan. Para pelajar “belajar untuk belajar” sehingga dapat menyesuaikan diri dalam apa jua perubahan yang berlaku dalam bidang komputer. Siswazah juga dipersiapkan bagi menyambung pengajian ke peringkat sarjana. Siswazah yang dihasilkan memiliki kemahiran komunikasi, menulis serta pemahaman yang baik berkaitan isu-isu etika dalam bidang komputer.
Kurikulum Program Kejuruteraan Komputer menekankan kedua-dua aspek iaitu sistem desain hardware dan software dan memastikan pengalaman rekacipta, meliputi kajian analitis dan eksperimen, berintegrasi dalam seluruh program untuk bekerja jauh ke hadapan. Projek berasaskan rekacipta diterapkan dalam kuliah dan projek makmal. Setiap pelajar perlu menyelesaikan sebuah projek rekabentuk utama (final year project) pada tahun akhir pengajian.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Perhubungan) (RK53)

Fokus program Sarjana Muda Kejuruteraan Perhubungan adalah untuk menyediakan pendidikan moden berkaitan dengan rangkaian dan sistem telekomunikasi. Program ini secara khusus memberikan asas pendidikan yang kukuh dalam bidang rangkaian komputer dan perhubungan, elektrik, elektronik, elektromagnet, komputer, sistem digital dan komunikasi. Penguasaan dalam bidang ini memberikan pelajar kemampuan untuk menyesuaikan diri dan mampu menjadi pemimpin melalui pengetahuan fundamental yang menjadi asas perkembangan teknologi yang kerap berubah. Pelajar dilatih dalam pelbagai sub-bidang kejuruteraan sistem telekomunikasi bagi mempersiapkan mereka untuk berjaya dalam kerjaya dalam bidang telekomunikasi data, telekomunikasi mudah alih, senibina rangkaian, sistem rangkaian tanpa wayar, rangkaian optik dan rangkaian generasi termaju.
Program ini memastikan bahawa pengalaman rekacipta melalui kajian analitikal dan eksperimen, diintegrasikan dalam struktur kurikulum secara tersusun. Projek berasaskan rekacipta diterapkan dalam kuliah dan projek makmal. Setiap pelajar perlu menyelesaikan sebuah projek rekabentuk utama (final year project) pada tahun akhir pengajian.

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Rangkaian Komputer) (RK93)

Program Kejuruteraan Rangkaian Komputer adalah untuk menyediakan pendidikan yang moden dalam bidang rangkaian komputer tanpa wayar dan kabel, protokol rangkaian, senibina sistem komunikasi data. Program ini secara khusus menyediakan pendidikan asas yang kukuh dalam bidang penghantaran data digital, sumber pengkodan, pengkodan dan pengkodan saluran, Internet dan protokol intra-net, senibina rangkaian, dan kaedah modulasi digital di samping konsep asas rangkaian komputer, elektrik, elektronik, elektromagnet, komputer, digital sistem dan telekomunikasi. Penguasaan dalam bidang ini memberikan pelajar kemampuan untuk merancang, melaksanakan dan menjaga semua jenis antara/intra rangkaian yang sangat penting bagi kebanyakan industri. Ini mempersiapkan mereka untuk masa depan kerjaya yang cemerlang dan berjaya dalam bidang telekomunikasi, rangkaian komunikasi data, senibina rangkaian, sistem rangkaian tanpa wayar, rangkaian optik dan rangkaian termaju. Program ini direka dengan teliti untuk memberikan para pelajar kemahiran yang diperlukan untuk merancang, menganalisis, memasangan, mengkonfigurasi, dan menjaga rangkaian syarikat yang besar.
Program ini memastikan bahawa pengalaman rekacipta melalui kajian analitikal dan eksperimen diintegrasikan dalam struktur kurikulum secara tersusun. Projek berasaskan rekacipta diterapkan dalam kuliah dan projek makmal. Setiap pelajar perlu menyelesaikan sebuah projek rekabentuk utama (final year project) pada tahun akhir pengajian.
Siswazah program ini mempunyai pengetahuan yang komprehensif dalam bidang elektronik dan rangkaian komputer khususnya dalam perancangan, penyelesaian, mengurus dan penyelesaian masalah bagi sistem rangkaian telekomunikasi. Mereka bersedia untuk memasuki pekerjaan sebagai jurutera elektronik, pentadbir rangkaian, ahli komputer dan jurutera sokongan rangkaian. Siswazah mampu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan perubahan dalam bidang komputer dan rangkaian di syarikat industri dan perniagaan.

Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Komputer) (RK2404)
Program Diploma Kejuruteraan Komputer di PPKKP menekankan teori dan kemahiran praktikal berkaitan perkakasan (hardware) dan kejuruteraan perisian. Perkara ini dicapai oleh pelajar melalui beberapa kursus seperti sistem digital, elektrik dan elektronik, pengawal mikro, sistem terbenam, senibina komputer, telekomunikasi data dan rangkaian, kejuruteraan perisian dan sistem pangkalan data. Program ini melibatkan rekacipta menggunakan sistem terbenam, instrumentasi elektronik dan pengaturcaraan PLC. Pelajar dilengkapi dengan pengetahuan teori dan kemahiran praktikal yang untuk mengintegrasikan dan menjaga sebuah sistem lengkap yang terdiri dari komponen penderia sehingga peranti paparan dan aktuator. Aktiviti makmal dilakukan dalam keadaandan kemudahan yang lengkap, di antaranya adalah makmal pengaturcaraan komputer, makmal analog dan digital, makmal elektronik, makmal mikropemproses, sistem terbenam, makmal rangkaian komputer dan PLC.
Pelajar dibimbing melalui aktiviti makmal yang direka untuk pelajar bagi melengkapkan kemahiran dan pengetahuan teknikal komputer yang diperlukan. Ini bagi mempersiapkan mereka untuk memainkan peranan utama di industri sebagai juruteknik atau pembantu jurutera. Projek makmal yang intensif diterapkan di dalam kurikulum bagi meningkatkan kecekapan pelajar dalam kemahiran teknik serta memahami konsep-konsep teori. Selain itu, pelajar tahun akhir diwajibkan untuk melaksankan projek mini di dalam bidang yang bersesuaian. Pada tahun akhir, semester akhirnya, pelajar akan menjalani latihan industri untuk memberi pendedahan kerja di industri. Jika prestasi yang cemerlang ditunjukkan semasa latihan berkemungkinan besar pelajar akan ditawarkan pekerjaan pada tempat yang sama.

Syarat Kemasukan

Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan

i) CALON LEPASAN MATRIKULASI
Kelayakan Minimum Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM

* Syarat Am Universiti :
• Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian
Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
• Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan
• Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Memenuhi Syarat Am Universiti* serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM:
• Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran Physics / Engineering Physics / Chemistry / Engineering
Chemistry / Biology (RK12 & RK32); dan Mathematics / Engineering Mathematics
• Calon yang menggunakan kelayakan mata pelajaran Chemistry / Engineering Chemistry / Biology pada peringkat Matrikulasi /Asasi perlu mendapat sekurang- kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Fizik. DAN
• Calon tidak buta warna dan tidak cacat anggota sehingga menyukarkan kerja amali.

ii) CALON LEPASAN MATRIKULASI TEKNIKAL
Kelayakan Minimum Matrikulasi Teknikal

** Syarat Am Universiti :
• Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian
Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
• Lulus Matrikulasi Teknikal dengan mendapat sekurang-kurangnya
PNGK 2.00; dan
• Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Memenuhi Syarat Am Universiti** serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM:
• Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi Teknikal
dalam mata pelajaran Mathematics dan Engineering Science
• Calon juga perlu mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat
SPM dalam mata pelajaran Fizik. DAN
• Calon tidak buta warna dan tidak cacat anggota sehingga menyukarkan kerja amali.

iii) CALON LEPASAN STPM
Kelayakan Minimum STPM

*** Syarat Am Universiti :
• Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa
Malaysia Kertas Julai; dan
• Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
– Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am; dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; dan
• Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Memenuhi Syarat Am Universiti*** serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM:
• Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Physics / Chemistry / Biology (RK12 & RK32); dan Mathematics T / Further Mathematics T.
• Calon yang menggunakan kelayakan mata pelajaran Chemistry / Biology pada peringkat STPM perlu mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Fizik; dan
• Calon tidak buta warna dan tidak cacat anggota sehingga menyukarkan kerja amali.

Syarat Kemasukan

iv) CALON LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Kelayakan Minimum Diploma / Setaraf

**** Syarat Am Universiti
• Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian
Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
• Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; atau
• Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2008 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat:
– Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am; dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; atau
• Lulus peperiksaan Matrikulasi / Asasi tahun 2008 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan
• Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Memenuhi Syarat Am Universiti**** serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM:
• Mempunyai Diploma dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau institusi-
institusi lain yang diiktiraf dalam bidang yang sesuai dengan kursus yang dipohon.
• Mendapat sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.50 di peringkat Diploma
• Pengecualian daripada beberapa mata pelajaran yang berkaitan boleh diberi tertakluk kepada keputusan peperiksaan yang diperolehi di peringkat diploma.
(Calon perlu sertakan salinan transkrip akademik dari semester satu hingga semester akhir semasa menghantar permohonan ke UniMAP).
• Kelulusan pada peringkat Sijil TIDAK akan dipertimbangkan. atau

Kelayakan STPM / Matrikulasi KPM / PASUM / Asasi UiTM (Tahun 2008 atau sebelumnya)
• Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana dua
(2) mata pelajaran berikut: Physics / Chemistry / Biology (RK12 & RK32) / Mathematics T / Further Mathematics T / Mathematics
• Calon yang menggunakan kelayakan mata pelajaran Chemistry / Biology pada
peringkat STPM perlu mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Fizik; dan
• Calon tidak buta warna dan tidak cacat anggota sehingga menyukarkan kerja amali.

Program Pengajian Diploma

i) CALON LEPASAN SPM
Kelayakan Minimum Lepasan SPM

*****Syarat Am Universiti
• Memiliki kelayakan SPM/setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) C / KEPUJIAN termasuk Bahasa Melayu.

Memenuhi Syarat Am Universiti***** serta SYARAT KHAS PROGRAM:
• Mendapat sekurang-kurangnya GRED C / KEPUJIAN dalam mata pelajaran Matematik dan Matematik Tambahan
• Salah SATU (1) daripada mata pelajaran berikut:
Fizik, Kimia, Biologi, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Teknologi Kejuruteraan, Teknologi Elektrik, Teknologi Elektronik, Lukisan Kejuruteraan.
• Mendapat sekurang-kurangnya GRED C / KEPUJIAN dalam mana-mana salah SATU (1) mata pelajaran lain yang belum diambilkira.
• Lulus Bahasa Inggeris DAN
• Calon tidak buta warna dan tidak cacat anggota sehingga menyukarkan kerja amali.

ii) CALON LEPASAN SIJIL / SETARAF YANG DIIKTIRAF OLEH IPTA
Kelayakan Minimum Lepasan Sijil/Setaraf Yang Diiktiraf Oleh IPTA

******Syarat Am Universiti
• Memiliki kelayakan SPM/setaraf dengan mendapat sekurang-
kurangnya KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Memenuhi Syarat Am Universiti****** serta SYARAT KHAS PROGRAM:
• Lulus dengan memiliki Sijil atau setaraf dalam bidang yang berkaitan dari Politeknik atau Kolej Komuniti atau institusi lain yang diiktiraf setaraf dengannya, dengan mendapat sekurang-kurangnya
PNGK 3.00.
• Calon tidak buta warna dan tidak cacat anggota sehingga menyukarkan kerja amali.

Bidang Penyelidikan

Rekabentuk Sistem Terbenam
• Sistem Pengawal Automasi dan Robotik
• Sistem Instrumentasi Elektronik
• Pemprosesan Isyarat Digital
• Rekabentuk Sistem Elektronik Digital menggunakan FPGA
• Sistem GPS untuk kenderaan automasi
• Sistem di atas cip (SoC)

Sistem Perhubungan
• Rekabentuk Antena
• Permodelan Gelombang Radio dan Tanpa Wayar
• Penyamaan Penyesuai untuk Sistem MIMO pada Sistem RF
• Komunikasi Optik

Komputer, Rangkaian dan ‘Vision’
• Rangkaian Optik dan Komputer
• Senibina Komputer
• Sistem Maklumat Geografi (GIS)
• Sistem Multimedia
• Sistem Pengoperasian
• Keselamatan Komputer
• Pengkomputeran Toleransi Kerosakan
• Kernel Terbenam Sistem Masa Nyata
• Pengesahan Sistem Masa Nyata dan Alat Penentusahan

Kepintaran Buatan dan Kejuruteraan Komputer
• Pemprosesan Imej
• Pengecaman Corak
• Rangkaian Neural Buatan
• Logik Kabur
• Penaakulan Berasaskan Kes

Peluang Kerjaya

Prospek pekerjaan dan kerjaya para graduan setelah tamat pengajian amatlah memberangsangkan. Para graduan boleh berkhidmat di industri dalam bidang-bidang berikut:

• Rekabentuk produk yang berasaskan sistem kawalan digital dan sistem mikropengawal.

• Rekabentuk komponen peralatan bagi sistem telekomunikasi optik, berwayar dan tanpa wayar.

• Penyelidikan dan Pembangunan bagi Industri berasaskan elektronik, Universiti, MIMOS, SIRIM, Pusat Penderiaan Jauh Negara, Badan Berkanun dan Kerajaan.

Kerjaya yang boleh diceburi;
Jurutera Elektronik, Jurutera Produk, Jurutera Telekomunikasi, Jurutera Rekabentuk, Jurutera Sistem, Jurutera Rangkaian, Jurutera Penyelidikan & Pembangunan, Jurutera Eksekutif, Usahawan Teknikal.

Kemudahan – Kemudahan Yang Disediakan

Semua makmal dilengkapkan sepenuhnya dengan perisian dan peralatan terkini. Sesi makmal dilaksanakan dengan nisbah 1 peralatan bagi setiap 2 orang pelajar. Ini adalah bagi memenuhi konsep berorientasi praktikal berdasarkan pembelajaran berasaskan masalah atau projek. Makmal yang disediakan termasuklah:

Makmal Asas Elektronik,
Makmal Rangkaian,
Makmal Teknologi Mikropemproses,
Makmal Asas Perhubungan,
Makmal Frekuensi Radio (Elektromagnetik),
Makmal Komputer,
Makmal Perhubungan Termaju,
Makmal Elektronik Termaju,
Makmal Sistem Terbenam,
Makmal Rangkaian Komputer
Makmal Projek.

Untuk Keterangan Lanjut
Sila Hubungi :

Dekan
Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan
Universiti Malaysia Perlis
Kompleks Pusat Pengajian Seberang Ramai (Blok A),
No. 12 & 14, Jalan Satu,
Taman Seberang Jaya Fasa 3,
02000 Kuala Perlis, Perlis, MALAYSIA.

Tel : 604 – 985 1654
Faks : 604 – 985 1695
E-mel : dean_com@unimap.edu.my

 
Leave a comment

Posted by on December 1, 2011 in About UniMAP

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: