RSS

Pusat Pengajian Mikroelektronik

10 Nov

Program Yang Ditawarkan

Program yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik adalah:

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)

(Kejuruteraan Mikroelektronik) (RK05)

Kurikulum program yang telah dibentuk adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan jurutera yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Negara. Program ini memfokuskan kepada pendedahan terhadap industri melalui penglibatan secara langsung dalam sektor industri itu sendiri. Program empat tahun ini menekankan rekabentuk litar terkamir (IC), fabrikasi IC yang meliputi teknologi semikonduktor, teknologi proses mikrofabrikasi, keboleharapan mikroelektronik dan analisis kegagalan. Program ini juga meliputi fizik semikonduktor, sistem mikro-elektro-mekanikal (MEMS) dan juga pembungkusan IC.

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)

(Kejuruteraan Elektronik) (RK86)

Program Kejuruteraan Elektronik dibentuk bagi memenuhi keperluan guna tenaga profesional yang semakin meningkat terutamanya di dalam bidang rekabentuk litar terkamir, rekabentuk perkakasan EDA (Electronic Design Automation) dan elektronik konvensional. Program ini meliputi pengajian di dalam bidang rekabentuk litar terkamir, aplikasi FPGA (Field Programmable Gate Array) dan rekabentuk sistem di atas cip. Program ini juga menekankan kursus elektronik konvensional yang merangkumi kursus elektronik kuasa, peralatan elektronik, sistem kawalan, senibina komputer dan pemprosesan isyarat digit.

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)

(Kejuruteraan Fotonik) (RK89)

Kejuruteraan fotonik merupakan program terbaru bagi Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik yang mana penawaran program ini bermula pada Semester 1 Sesi 2008/09. Kejuruteraan fotonik adalah suatu bidang kejuruteraan yang berdasarkan cahaya dan penggunaanya. Aplikasi yang ketara, dalam bidang pembuatan kereta di mana cahaya pemancaran laser digunakan untuk memateri kerangka kereta. Selain dari itu, pengunaan cahaya laser boleh juga didapati dalam bidang-bidang perubatan untuk pembasmian sel-sel kanser, dalam bidang ketenteraan sebagai pengukur jarak, dalam bidang hiburan sebagai persembahan laser, dalam bidang telekomunikasi optik sebagai pembawa isyarat dan sebagainya. Objektif program ini adalah untuk melahirkan jurutera fotonik yang berkebolehan berdasarkan pengetahuan sains kejuruteraan optik yang tinggi dan seterusnya dapat menyumbang kepada keperluan industri.

Program ini merangkumi tiga bahagian utama iaitu pengenalan kepada fotonik, pencirian peralatan dan cahaya fotonik dan akhirnya aplikasi fotonik dalam bidang-bidang kejuruteraan. Antara subjek-subjek yang merangkumi keperluan ketiga-tiga bahagian tersebut adalah fotonik I, elektronik kuantum,  pengenalan kepada rekabentuk optikal, fotonik II, komponen fotonik, komunikasi optical, pembungkusan optikal, peranti fotonik semikonduktor, laser semikonduktor dan peranti optikal tak-linear.

Diploma Kejuruteraan

(Kejuruteraan Mikroelektronik) (R2427)

Program Diploma Kejuruteraan diharapkan dapat melahirkan tenaga mahir sebagai Pembantu Jurutera bagi memenuhi keperluan guna tenaga negara terutama dalam bidang mikroelektronik secara khusus dan elektronik secara amnya. Oleh itu program yang dibangunkan akan sentiasa diperhalusi secara berterusan dengan :

  • Mengambilkira pandangan dan kesimpulan hasil-hasil kajian serta maklumbalas dari masyarakat, khususnya industri.
  • Memenuhi kehendak-kehendak badan-badan penasihat profesional yang berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Jaminan Kualiti & Akreditasi).
  • Memastikan keseimbangan antara kepakaran teori dan kemahiran amali.
  • Memastikan tahap pengajaran dan pembelajaran sentiasa bertaraf dunia.

Objektif Program

  • Mengeluarkan jurutera elektronik, mikroelektronik dan fotonik yang berkompeten tinggi dalam aspek teori dan praktikal.
  • Menyumbang kepada bekalan tenaga manusia dalam kejuruteraan elektronik, mikroelektronik dan fotonik.
  • Menyumbang melalui pengajaran, penyelidikan, dan perundingan, kepada pembangunan kejuruteraan elektronik, mikroelektronik dan fotonik selaras dengan keperluan yang digariskan dalam Pelan Perindustrian Nasional Malaysia.
  • Melahirkan graduan agar mempunyai sifat patriotik dan profesionalisme yang tinggi.

Bidang Penyelidikan

Di antara bidang penyelidikan yang kini giat dijalankan oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik adalah seperti:

1.  Proses

  • Rekabentuk bilik bersih
  • Proses fotolitografi dan proses litografi “E– Beam”
  • Teknologi proses pembungkusan semikonduktor
  • Teknologi proses fabrikasi wafer
  • Pembentukan struktur nano dan pindahan corak
  • Fabrikasi dan pencirian bahan elektronik
  • Pemodelan dan Simulasi peranti semikonduktor
  • Keboleharapan Mikroelektronik, Pengujian dan Analisa Kegagalan
  • Peranti optik dan fotonik; simulasi dan fabrikasi
  • Pengajaran Kejuruteraan Mikrolektronik

2. Rekabentuk

  • Rekabentuk VLSI bervoltan dan berkuasa rendah
  • Rekabentuk litar terkamir: isyarat gabungan, digital & analog
  • Pengujian & keboleharapan di dalam rekebentuk litar terkamir
  • Rekabentuk untuk kebolehujian
  • FPGA dan rekabentuk sel piawai
  • Rekabentuk optik dan fotonik

Pusat pengajian juga menawarkan ijazah M.Sc. dan Ph.D. melalui mod penyelidikan.

Peluang Kerjaya

Terdapat permintaan yang tinggi untuk jurutera mikroelektronik, elektronik dan fotonik yang berkemahiran samada di dalam sektor swasta mahupun kerajaan khasnya di dalam bidang rekabentuk, fabrikasi dan pengujian litar terkamir. Prospek pekerjaan dan kerjaya para graduan setelah tamat kursus amatlah memberangsangkan. Di antara bidang kepakaran mikroelektronik dan elektronik yang boleh para graduan ceburi sebagai bidang kerjaya adalah seperti bidang:

  • Fabrikasi Semikonduktor / Mikroelektronik
  • Rekabentuk Bentangan Terlanggan Penuh dan Terlanggan Separa bagi cip-cip digital, analog, isyarat gabungan dan RF-IC.
  • Rekabentuk Topeng.
  • Rekabentuk ASICs (Application Specific ICs) dan VLSI (Very Large Scale Integration).
  • Rekabentuk MEMS (Micro Electro-Mechanical Systems).
  • Rekabentuk Fotonik dan Optik.
  • Rekabentuk berasaskan VHDL (Very High-Speed IC Hardware Description Language).
  • Alatan Prototaip-Pantas untuk Penghasilan Litar Terkamir.
  • Simulasi Proses dan Peranti.
  • Pembungkusan and Pengujian Litar Terkamir.
  • Kejuruteraan-Membalik pada ICs.

Paragraduan akan berkeupayaan untuk berkhidmat :

  • Dalam sektor penyelidikan dan pembangunan di industri multinasional, industri tempatan, industri kecil universiti-universiti dan badan-badan tempatan seperti di MIMOS dan SIRIM.
  • Dalam industri fabrikasi semikonduktor yang mana proses penghasilan produk memerlukan kepakaran ‘Hands-On’.
  • Sebagai Jurutera Elektronik, Jurutera Rekabentuk IC, Jurutera FA Factory Automation), Jurutera Proses, Jurutera Integrasi Proses, Jurutera Pengeluaran, Jurutera Pembangunan dan Penyelidikan (R&D), Eksekutif Pengurusan Kejuruteraan, Usahawan Teknikal.

Di antara industri-industri yang berkaitan termasuklah :

  • Infineon Technologies (Kulim) Sdn.Bhd.
  • Silterra Malaysia Sdn. Bhd.
  • Spansion (Penang) Sdn.Bhd.
  • Freescale SemiconductorMalaysiaSdn.Bhd.
  • Agilent Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd.
  • Intel Penang Design Center dan Intel Malaysia Sdn. Bhd.
  •  Altera (Malaysia) Sdn. Bhd.
  • AMD (Malaysia) Sdn. Bhd.
  • Jabil Circuit Sdn.Bhd.
  • First Solar Sdn.Bhd.
  • MIMOS Berhad
  • Panasonic Malaysia Sdn.Bhd.
  • NEC Semiconductors (M) Sdn. Bhd.
  • AIC Semiconductors (M) Sdn. Bhd.
  • Flextronics TechnologyMalaysiaSdn.Bhd.
  • Motorola Malaysia Sdn.Bhd.
  • On Semiconductor (SCG (M) Sdn. Bhd.)
  • MalaysiaMicroelectronics Solutions Sdn. Bhd.

Kemudahan – Kemudahan Yang Disediakan

Makmal-makmal yang disediakan oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik :

Makmal Elektronik Asas,Makmal Fabrikasi Mikroelektronik (Bilik Bersih),Makmal Analisa Kegagalan, Makmal Rekabentuk Litar Terkamir,Makmal Bentangan Litar Terkamir (Diploma),Makmal Fizik Semikonduktor,Makmal Rekabentuk MEMS,Makmal Optoelektronik,Makmal Fotonik.

Syarat Kemasukan (RK05, RK86, RK89 &R2427)

Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan

i) CALON LEPASAN MATRIKULASI

Kelayakan Minimum Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM

* Syarat Am Universiti :

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
  • Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Memenuhi Syarat Am Universiti* serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM:

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran Physics / Engineering Physics / Chemistry /Engineering Chemistry; dan Mathematics / Engineering Mathematics
  • Calon yang menggunakan kelayakan mata pelajaran Chemistry / Engineering Chemistry pada peringkat Matrikulasi /Asasi perlu mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Fizik. DAN
  • Calon tidak buta warna dan tidak cacat anggota sehingga menyukarkan kerja amali.

ii) CALON LEPASAN MATRIKULASI TEKNIKAL

Kelayakan Minimum Matrikulasi Teknikal

** Syarat Am Universiti :

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
  • Lulus Matrikulasi Teknikal dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian  University English Test (MUET).

Memenuhi Syarat Am Universiti** serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM:

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi Teknikal dalam mata pelajaran Mathematics dan Engineering Science
  • Calon juga perlu mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Fizik. DAN
  • Calon tidak buta warna dan tidak cacat anggota sehingga menyukarkan kerja amali.

iii) CALON LEPASAN STPM

Kelayakan Minimum STPM

*** Syarat Am Universiti :

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
  • Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya: – Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am; dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Memenuhi Syarat Am Universiti*** serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM:

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM  dalam mata pelajaran Physics / Chemistry; dan Mathematics T / Further Mathematics T.
  • Calon yang menggunakan kelayakan mata pelajaran Chemistry pada peringkat STPM perlu mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Fizik; dan
  • Calon tidak buta warna dan tidak cacat anggota sehingga menyukarkan kerja amali.

iv) CALON LEPASAN DIPLOMA / SETARAF

Kelayakan Minimum Diploma / Setaraf

**** Syarat Am Universiti

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
  • Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; atau
  • Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2008 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat: – Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am; dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; atau
  • Lulus peperiksaan Matrikulasi / Asasi tahun 2008 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Memenuhi Syarat Am Universiti**** serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM:

  • Mempunyai Diploma dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau institusi-institusi lain yang diiktiraf dalam bidang yang sesuai dengan kursus yang dipohon.
  •  Mendapat sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.50 di peringkat Diploma
  • Pengecualian daripada beberapa mata pelajaran yang berkaitan boleh diberi tertakluk kepada keputusan peperiksaan yang diperolehi di peringkat diploma. (Calon perlu sertakan salinan transkrip akademik dari semester satu hingga semester akhir semasa menghantar permohonan ke UniMAP).
  • Kelulusan pada peringkat Sijil TIDAK akan dipertimbangkan. atau

Kelayakan STPM / Matrikulasi KPM / PASUM / Asasi UiTM (Tahun 2008 atau sebelumnya)

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut: Physics / Chemistry / Mathematics T / Further Mathematics T / Mathematics Calon yang menggunakan kelayakan mata pelajaran Chemistry pada peringkat STPM perlu mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM  dalam mata pelajaran Fizik; dan
  • Calon tidak buta warna dan tidak cacat anggota sehingga menyukarkan kerja amali.

Program Pengajian Diploma

i) CALON LEPASAN SPM

Kelayakan Minimum Lepasan SPM

*****Syarat Am Universiti

  • Memiliki kelayakan SPM/setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) C / KEPUJIAN termasuk Bahasa Melayu.

Memenuhi Syarat Am Universiti***** serta SYARAT KHAS PROGRAM:

  • Mendapat sekurang-kurangnya GRED C / KEPUJIAN dalam mata pelajaran Matematik dan Matematik Tambahan
  • Salah SATU (1) daripada mata pelajaran berikut:Fizik, Kimia, Biologi, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Teknologi Kejuruteraan,Teknologi Elektrik, Teknologi Elektronik, Lukisan Kejuruteraan.
  • Mendapat sekurang-kurangnya GRED C / KEPUJIAN dalam mana-mana salah SATU (1) mata pelajaran lain yang belum diambilkira.
  • Lulus Bahasa Inggeris DAN
  • Calon tidak buta warna dan tidak cacat anggota sehingga menyukarkan kerja amali.

ii) CALON LEPASAN SIJIL / SETARAF YANG DIIKTIRAF OLEH IPTA

Kelayakan Minimum Lepasan Sijil/Setaraf Yang Diiktiraf Oleh IPTA

******Syarat Am Universiti

  • Memiliki kelayakan SPM/setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Memenuhi Syarat Am Universiti****** serta SYARAT KHAS PROGRAM:

  • Lulus dengan memiliki Sijil atau setaraf dalam bidang yang berkaitan dari Politeknik atau Kolej Komuniti atau institusi lain yang diiktiraf  setaraf dengannya, dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00.
  • Calon tidak buta warna dan tidak cacat anggota sehingga menyukarkan kerja amali.

Untuk Keterangan Lanjut

Sila Hubungi :

Dekan

Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik

Universiti Malaysia Perlis

Blok A, Kompleks Pusat Pengajian UniMAP,

02600 Jejawi, Arau,

Perlis, MALAYSIA.

Tel       : 604 – 979 8386 / 8313 / 8309 / 8008

Faks     : 604 – 979 8305

E-mel   : dean_microe@unimap.edu.my, mikroelektronik@unimap.edu.my

Web     : http://some.unimap.edu.my

 
Leave a comment

Posted by on November 10, 2011 in About UniMAP

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: